Serendah, 3 Jan 2015 – Sinar Kasih YBK (SKY) memulakan tahun 2016 dengan menjalankan lawatan ke rumah puan K. Thanalecumi A/P Karuppan di PPRT Tok Pinang, Serendah. Maklumat awal yang diterima adalah berkaitan bantuan persekolahan anak bongsunya yang masih belajar di SMK Serendah. Pn Thanalecumi bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Selayang. Berulang alik ke Selayang dengan menggunakan bas awam.


Pn Thanalecumi mengharapkan anak bongsunya ini berjaya di dalam pelajarannya. Inilah satu-satunya anak yang masih tinggal bersama. Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom mengharapkan dengan sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan sesi persekolahan 2016. Selain daripada itu YBK juga berharap supaya anak ini berjaya dalam pelajarannya supaya satu hari nanti mampu membantu serta menggembirakan ibunya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;