- Hit: 1917
Asrama Kasih YBK telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengwas Asrama Kasih YBK sesi 2016 pada 23 - 29 Disember 2015 . Seramai 9 orang pengawas telah terpilih daripada 25 permohonan jawatan pengawas yang diterima oleh pengurusan Asrama. Kali ini kursus Pengawas menggunakan modul yang berbeza sedikit daripada tahun lepas. Kesemua Modul serta tenaga penggeraknya dilakukan sendiri oleh kakitangan asrama yang diketuai oleh Pn. Halimaton Saadiah Pengetua Asrama Kasih YBK.
Kursus ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada pengawas akan tanggungjawab serta cabaran yang bakal mereka laksanakan.
Antara pengisian program yang berlangsung sepanjang 7 hari 6 malam ini seperti Representasi Diri, Touch Your Limit, Dominated, Binoculars 360o, Work Out, Komando, Team, Jungle Tracking, Muhasabah Diri,Forum, How To Delegate, the Strategy dan Final Touch
29 Disember 2015 jam 9 malam diadakan Majlis Penutup program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. SM Hijazi Abas, Pemangku Ketua Balai Serendah serta selaku Ahli Penasihat Asrama Kasih YBK. Para pengawas nampak lebih yakin dan bersemangat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.