Sentul, 8 Jan 2016 – Keluarga En Wahab Musa telah dilawati oleh YBK pada 29/12/2015 yang lalu. Ketika itu lawatan adalah untuk melihat situasi kehidupan dimana 16 orang tinggal didalam satu rumah PPR yang hanya mempunyai 2 bilik tidur.

Lawatan kali ini bertujuan untuk berbincang dengan En Wahab berkenaan dengan 2 orang anaknya yang bersekolah rendah untuk di bawa ke Asrama Kasih YBK Gesir. Lawatan ini turut disertai CEO YBK, En Zulhairy Jalaluddin dan ALPA YBK, Hj Faisal Tan Mutalib. Setelah berbincang ALPA mencadangkan supaya anak En Mutalib ini diberi peluang di Asrama YBK supaya pendidikan mereka lebih tersusun.

Terima kasih kepada NGO, UNGGAS KL kerana menyampaikan maklumat dan turut serta membantu keluarga ini.

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;