Serendah, 9 Januari2016 - Telah berlangsung program penutup Minggu Orentasi Pelajar Baru Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah.
Seramai 34 orang pelajar baru yang telah pun menamatkan tempoh orentasi mereka semenjak 2 Januari hingga 9 Januari di Asrama Kasih. Pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan bagi memperkenal asrama dengan lebih dekat lagi.
Program Penutup Minggu Orentasi ini bermula se awal jam 8 pagi dengan perhimpunan sulong asrama setiap sabtu bagi tahun 2016 ini. Program dimeriahkan lagi dengan pembukaan senaman erobik oleh pelajar asrama kasih. Program sukan neka
Dimulakan dengan acara padang pertandingan Bola Futsal dan bola jaring serentak diadakan. Kumpulan kakitangan asrama juga tidak ketinggalan mengambil bahagian. Program diserikan dengan kehadiran Ybhg. Dato Hj. Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK dan Datin Hartini Osman Pengerusi Penasihat Asrama Kasih YBK memberi semangat kepada pengurusan dan anak-anak Asrama.
Selesai solat zohor sukan neka diteruskan dengan pelbagai acara. Program ini di adakan bagi tujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara pelajar2 baru dan lama dengan pengurusan asrama.
Pelbagai hamper telah di sediakan bagi pemenang acara. Program selesai pada jam 4.30 petang.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;