Cyberjaya, 29/1/2016 - Hari ini, Yayasan Basmi Kemiskinan mencatat sejarah tersendiri apa membiayai Profesor Kursi Kesejahteraan Universiti Islam Malaysia Cyber Jaya. Menurut Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Nor, universiti yg diasaskan dari Kolej Islam Malaya oleh Allahyarham Sultan Hishamuddin Alam Shah kini mendapat tajaan sebuah yayasan bukan sahaja akan memberi faedah untuk rakyat Malaysia tetapi umat sejagat se dunia dalam isu kesejahteraan rakyat melalui kajian ilmiah universiti.
Wakil YBK Dato Bing Selamat Amir, yang mewakili Dato Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK, menyatakan selepas 25 tahun merancang program2 pembasmian kemiskinan memulihkan masyarakat miskin dan selepas itu program pembangunan modal insan, kini meneroka dalam prespektif kesejahteraan rakyat.
Prof Mohd Khalid telah membacakan profil Prof Emeritus Dato Dr Sulaiman Md Yassin pemegang pertama Prof Kursi UIM, penglibatan dalam UPM, UNIMAS, UMT dan NGO serta khidmat consultancy di peringkat antarabangsa seperti Bank Dunia.
Dato Prof Emeritus Dr Sulaiman Yassin dalam ucapan merakamkan terima kasih kepada Dato Zainal Abidin Sakom dan YBK, Tan Sri Prof Mohd Yusof Nor dan UIM kerana menyokong dan melantiknya memegang Profesor Kursi Kesejahteraan yang pertama di dunia ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;