KUALA SELANGOR, 15 Februari 2016 - Pusat Latihan YBK (PLYBK) telah mengadakan Majlis Pendaftaran dan Minggu Suai Kenal Pelatih Baru bagi sesi Februari dan Mac 2016. Majlis berlangsung di Dewan PLYBK dan dihadiri oleh para pelatih dan ibu bapa. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan turut hadir bersama, Dato' Bing Selamat Amir, dan barisan pengurusan PLYBK.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Pengetua PLYBK, En. Zulkifli Zali. Dato' Pengerusi YBK kemudiannya memberikan ucapan beliau dengan penegasan berkenaan kepentingan ilmu kemahiran dan kesungguhan dalam mencapai yang terbaik dalam pelajaran. Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar oleh pelatih-pelatih baru.

Seramai 56 pelatih baru telah mendaftar pada hari tersebut. Objektif program ini adalah untuk memberi ruang kepada pelatih baru memahami peraturan dan etika di PLYBK di samping berkenalan dengan pelajar lain dan pengurusan. PLYBK yang telah beroperasi selama 24 tahun menawarkan kursus-kursus kemahiran dan graduan yang lahir daripada pusat ini adalah berkualiti dan berjaya dalam bidang kemahiran yang diceburi.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;