- Hit: 1670
Shah Alam, 24/2/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan satu sesi Taklimat Program Modal Insan YBK kepada Jabatan Pendidikan Selangor di Mesyuarat Bulanan JPS bersama PPD. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Selangor di Shah Alam yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Tn Hj Mohd Salleh b. Mohd Kassim dan dihadiri oleh 10 wakil PPD beserta pegawai-pegawai JPS. Taklimat yang disampaikan oleh En Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif. Sesi taklimat memperkenalkan program-program YBK terutamanya Asrama Kasih Gesir, Asrama kasih Serendah dan Kumpoulan Tuisyen Hujung Minggu KUNTUM.
Sesi taklimat ini telah memberi gambaran aktiviti dan cabaran yang dihadapi YBK program2 yang sedang dijalankan, Disamping itu YBK juga mengajak jabatan berkongsi 'ownership' menjayakan dan membantu pelajar miskin di Selangor melalui program pembiayaan pelajar miskin di Asrama-asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir, pembiayaan tuisyen SPM percuma dalam program KUNTUM dan program Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Pihak Jabatan Pendidikan Selangor telah memberi sokongan dan mengarah salah seorang pegawai di peringkat Jabatan iaitu Puan Norleza untuk membantu dan menjayakan program YBK tersebut.