SHAH ALAM, 26 Februari 2016 - Bahasa melonjakkan bangsa, kesatuan mencetus perpaduan. Bertempat di Pentas Terbuka, Kumpulan Media Karangkraf, telah berlangsung Majlis Malam Puisi Damai yang menghimpunkan sasterawan dan budayawan negara. Majlis anjuran YBK dan Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama My Suara TV ini diadakan dengan objektif melahirkan semangat cintakan bangsa dan perpaduan melalui platform puisi.

Majlis bermula pada jam 8:30 malam dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Pengerusi YBK, Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom; Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub. Sebelum itu di sebelah petangnya, telah diadakan pertandingan deklamasi puisi untuk pelajar menengah dan IPTA/S.

Para sasterawan dan budayawan yang hadir antaranya ialah Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Dr. Ibrahim Ghafar (PENA), Datuk Dr. Firdaus Ali (Mantan Senator), Datuk Abdul Jalil Ali, Zainal Mohd Jais, dan ramai lagi. Dato' Hj. Bing Selamat Amir selaku Pengerusi Program telah memberikan ucapan aluan dan diteruskan dengan deklamasi puisi pelbagai genre oleh pemuisi yang hadir. Kumpulan Kopratasa yang terkenal dengan lagu-lagu puisi turut sama di samping artis lain seperti Sheqal, Fazleena & The Lasykar, Dakmie, Kumpulan Cempuling Banting dan Kumpulan Silat Seni Gayung.

Puisi merupakan salah satu platform dalam melahirkan idea dan emosi dan penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat mendekatkan masyarakat terutamanya golongan muda untuk menghargai dan menghayati puisi sebagai salah satu cabang budaya bangsa Melayu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;