Hari ini YBK mengambil bahagian dalam Forum Pra Kongres Majlis Muafakat Melayu di Universiti Sains Malaysia. 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Tan Sri Yusof Latif, Presiden Pertubuhan Melayu P.Pinang yang mengingatkan bagaimana 70 tahun dulu, Dato Onn Jaafar ketika Kongres Melayu Pertama pada 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru telah mengumpulkan 41 pertubuhan Melayu seluruh Semenanjung. Hasilnya UMNO ditubuh dan Malayan Union ditumbangkan. Kongres Melayu ke 2 pada 2008 satu lagi usaha mengembalikan kesatuan NGO melalui 4M, Majlis Muafakat Melayu Malaysia mengambil semangat Allahyarham Dato Onn Jaafar yg menyelamatkan Melayu ketika itu. 
Hari ini usaha tersebut diperkasakan lagi membina kesatuan kalangan NGO dan orang Melayu.

Kemudian majlis diserikan dengan deklamasi sajak oleh Cegu Nadhilah Suhaimi guru SMK Datuk Hj Mohd Nor, Johan Deklamasi Sajak Peringkat Kebangsaan 2014 dengan tajuk Dato OnnJaafar dengan deklamasi yang memukau hadirin. 
Kemudian ucaputama disampaikan oleh Tengku Zainal Abidin Tengku Muhriz President Institute For Democracy & Economy Malaysia. Beliau anak muda kerabat raja Negeri Sembilan telah menyarankan bagaimana semua pihak mesti berlandaskan sejarah, sejarawan, ikon seleberiti dan sukan negara dan perlembagaan negara dalam usaha masing2 dalam pembangunan sahsiah diri dan jati diri rakyat muda 
Seperti tahun 2008, tahun 2016 ini Yayasan Basmi Kemiskinan menyokong

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;