Serendah, 3/3/2016 - Keputusan SPM 2015 pelajar Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan telah diumumkan di SMK Serendah pada 3 Mac 2016 jam 12.30 tengahri. Seramai 13 org anak2 yang telah menduduki peperiksaan tersebut. ASKA YBK amat bersyukur kerana seorang pelajar perempuan Nur Adibah mendapat 7A manakala Nur Fasihah mendapat 5A. Keseluruhannya semua lulus dan layak mendapat sijil. Penyampaian hadiah penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A ke atas telah disampaikan oleh Puan Pengetua SMK Serendah. Keseluruhan grade peratus SPM 2015 ASKA YBK meningkat kepada 7.4 peratus.

Kejayaan ini adalah usaha daripada pelbagai pihak iaitu Pimpinan YBK yang mengambil berat hal hal pelajaran, Guru guru di sekolah yang tidak putus- putus membantu memastikan pelajaran murid-murid tidak tertinggal, Sokongan dan restu ibu bapa yang amat baik serta usaha barisan pengurusan Asrama Kasih YBK yang tidak pernah kenal erti penat dan putus asa dalam membimbing serta membantu anak -anak ASKA YBK untuk terus maju dalam pelajaran. Sekali gus menuju ke arah Asrama Kasih YBK Pusat Kecemerlangan Pelajar.
Anak-anak ini telah diraikan dengan jamuan kecil kecilan serta sedikit penyampaian hadiah sebagai pemangkin semangat anak-anak yang berjaya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;