- Hit: 1556
Batu Pahat, 22 Febuari 2016 – Satu kebakaran telah memusnahkan sebuah rumah di Jalan Peserai, Batu Pahat Johor. Mengikut maklumat awal daripada pihak bomba, kebakaran akibat litar pintas itu bermula jam 11 pagi mengakibatkan rumah pusaka milik Pn Hamidah ini terbakar keseluruhannya.
YBK Melalui sukarelawan setempat telah melawat serta menyampaikan sumbangan kewangan kepada keluarga ini. Pn Hamidah, suami serta dua orang anaknya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang semasa kebakaran ini berlaku. Walaupun begitu keluarga ini tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa akibat kebakaran ini.
Kini mereka sekeluarga menetap di rumah jiran sebelah tapak kebakaran. Kami di YBK mengucapkan takziah serta semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian kebakaran ini. Terima kasih juga kepada sukarelawan YBK kerana menyalurkan maklumat tentang musibah ini.