Serendah, 19 Mac 2016 - Asrama Kasih YBK Serendah telah berlangsung satu majlis taklimat kerjaya yang disampaikan oleh Pegawai Pemasaran UniKL En.Muhammad dan dibantu oleh Pn. Masliha. 

Pengurusan Asrama Kasih Ybk telah mengambil tindakan segera mengaturkan perjumpaan anak2 Asrama Kasih YBK SPM 2015 dengan pegawai pemasaran bagi memimbing anak-anak ini memilih kerjaya masa depan mereka berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Disamping itu juga beberapa orang bekas pelajar dari pelbagai sekolah iaitu Sek. Men. Sejingkang Jaya, Sek. Men. Seoharto, Sek Men Bunga Raya dan Sek Men Serendah turut sama hadir bagi mendapatkan maklumat laluan mudah menyambung pelajaran di UniKL dan juga mana-mana Institusi dibawah MARA. Majlis telah berlangsung selama 3 jam iaitu dari jam 9.30 pagi sehingga 12.30 hari. Mengikut maklumat yang disampaikan oleh En.Muhammad bagi mereka yang layak memasuki Foundation tarikh kemasukannya adalah pada pertengahan bulan April. Manakala sesiapa yang layak dan mecukupi syarat memasuki mana mana kampus UniKL perlu mengisi borang terlebih dahulu dan mengisi maklumat keputusan SPM. Bagi yang memilih untuk memasuki Kolej Profesional MARA pula mereka perlu mendaftarkan diri mereka secara online. Keputusan akan diberitahu oleh pihak UniKL. Bagi mereka yang daripada Asrama Kasih surat tawaran akan segera diberikan kepada pengurusan Asrama Kasih YBK.

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;