BENGKULU (INDONESIA), 17 Mac 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama di Seminar Internasional Pemberdayaan Masyarakat Miskin di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bengkulu. Jemputan ini adalah bagi membalas kunjungan delegasi IAIN ke YBK pada Disember 2015. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom telah menyampaikan ucapan beliau di hadapan para pelajar dan tetamu kehormat antaranya Rektor IAIN, Bapak Prof. Dr. H. Sirajuddin, serta kakitangan kanan IAIN. YBhg. Dato' Pengerusi berkongsi berkenaan kejayaan YBK dalam membasmi kemiskinan di Malaysia melalui pelbagai program di samping strategi ke hadapan yang ingin dilaksanakan oleh YBK.

YBK turut diwakili oleh Dato' Hj. Bing Selamat Amir dan Tn. Hj. Hamzah Jalli yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Dato' Pengerusi turut menyampaikan khutbah Jumaat di samping mengadakan kunjung hormat ke atas wakil Gabenor Bengkulu bagi membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan YBK bersama provinsi Bengkulu. Sehari sebelum itu, YBK telah berkunjung ke Curup bagi melihat ladang kopi dan lembu tenusu di samping mengadakan kunjung hormat ke atas Bapak Drs Hijazi, Bupati Kabupaten Rejang Lebong Curup.

YBK dan IAIN telah bersetuju untuk meneroka potensi kerjasama daripada sudut akademik, budaya dan keusahawanan melalui kajian susulan yang akan dilaksanakan. Kerjasama ini diharapkan dapat memberikan impak kepada YBK bagi meluaskan inisiatif pembasmian kemiskinan melangkaui Malaysia di samping mempelajari keunikan sosio-ekonomi yang boleh memberi manfaat jangka panjang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;