- Hit: 1638
KLIA SEPANG, 5 April 2016 - Peserta Program Umrah YBK telah selamat kembali ke tanah air selepas sepuluh (10) hari melaksanakan ibadah Umrah. Ketibaan mereka disambut oleh ahli keluarga dengan penuh rasa kesyukuran. Untuk tahun ini, seramai sepuluh (10) orang peserta telah ditaja oleh YBK.
Peserta yang ditemui melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada YBK kerana memberi kesempatan kepada mereka untuk menunaikan ibadah umrah. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan para peserta ini saat bertemu kembali dengan ahli keluarga yang ditinggalkan.
Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ia memberi seribu satu manfaat di samping membuka peluang kepada peserta terpilih untuk menjejak kaki dan melaksanakan ibadah di Tanah Suci.