Kuala Lumpur, 13 Feb 2016 - Program Santuni Gelandangan yang dilaksanakan secara bulanan oleh YBK telah telah bermula sejak tahun 2015 yang lalu. Sebanyak 100 pek makanan sumbangan YBK telah diagihkan kepada golongan gelandangan yang menunggu di pintu masuk Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Proses agihan dilaksanakan dengan semangat saling membantu antara pegawai masjid, pegawai YBK dan sukarelawan yang hadir. Agihan bermula pada jam 11:45 pagi selepas bacaan doa.

Istimewanya hari ini, program gelandangan ini telah menerima penyumbang pertamanya Datin Saripah Ahmad daripada Petaling Jaya Selangor. Terima kasih Datin sekeluarga kerana menyumbang melalui program YBK ini. 

Sehingga kini kami di YBK berusaha menjemput penyumbang untuk turut serta menaja program makan untuk gelandangan ini pada setiap sabtu sepanjang tahun (52 minggu). Sumbangan boleh diniatkan nazar/ kesyukuran dan lain-lain. Keterangan lanjut boleh berhubung dengan Asuad Ismail 0126174051.

Program ini telah menjadi platform kepada YBK dan masyarakat untuk memupuk nilai empati dan kesukarelawan di kalangan mereka yang terlibat.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;