Akademi Kemahiran YBK telah mengadakan sesi pendaftaran pelajar baru bagi kursus Pendawai Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian (PW2) pada hari ini. Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin bin Hj. Sakom turut hadir bagi menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar.Turut hadir sama En.Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK bersama kakitangan YBK. Sesi ini juga turut dihadiri oleh Jawatankuasa Jaksa Pendamai dan Pengerusi JKKKP Kg.Gesir Tengah.

Dalam sesi pengambilan kali ini, kami menerima 2 orang pelajar di mana ibu mereka tergolong dalam golongan OKU.Kami berharap dapat mendidik anak-anak ini dengan baik dan seterusnya mereka dapat membantu keluarga masing-masing selepas menamatkan pengajian.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;