Kuala Lumpur, 13 April 2016 – Sinar Kasih YBK (YBK) telah melawat satu keluarga di PPR Batu Muda, jalan Ipoh. Melalui maklumat awal yang disampaikan oleh Pn Vimmi kepada YBK, keluarga ini mengalami kesulitan kekurangan bekalan makanan harian sejak beberapa hari yang lalu.
Keluarga Pn Shazlina baru berpindah ke PPR Batu Muda ini kira-kira 2 bulan yang lalu. Masih lagi mencari kerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang ada di sekitar perumahan PPR ini. Pn Shazlina tinggal di rumah ini bersama empat orang anaknya serta empat cucu.
YBK melalui SKY telah memberi sedikit sumbangan berupa bahan makanan. Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit sinar supaya keluarga ini mampu berdikari sedikit masa lagi. Terima kasih kepada penyampai maklumat kerananya ia mempertemukan keluarga ini dengan YBK.

 

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;