Β 

KUALA LUMPUR, 16 April -- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menjemput orang ramai untuk memberi sumbangan dan mengagihkan makanan kepada golongan gelendangan setiap hari Sabtu di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Program Santuni Gelendangan ini mula dilaksanakan tahun lepas setiap bulan. Namun YBK mengambil pendekatan untuk meneruskan program ini pada tahun ini dengan mengadakannya setiap minggu sebagai salah satu usaha mendekatkan diri dengan masyarakat yang kurang mampu.

β€œProgram ini diadakan bertujuan menanam sifat tolong menolong dan meningkatkan keprihatinan masyarakat umum terhadap golongan ini,” kata Pengerusi YBK, Dato Haji Zainal Abidin Sakom semasa sidang media selepas mengagihkan nasi berlauk, minuman dan buah-buahan kepada lebih kurang 100 gelendangan.

β€œYBK amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak termasuk orang perseorangan dan ahli-ahli korporat bagi meringankan beban golongan gelendangan sekitar ibu negara pada setiap hari Sabtu,” ujarnya lagi.

Program ini juga memberi peluang kepada semua pihak yang ada menyimpan hajat dan menunaikan nazar dan bersedekah untuk sama-sama menyumbang dan menderma untuk program ini. Kepada yang berminat untuk berbuat demikian bolehlah menghubungi Asuad Ismail di talian 03-7845 0036 atau 012-617 4051.

Turut hadir mengagihkan makanan bersama urus setia YBK adalah Imam Masjid Jamek yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Tuan Haji Mohd Faisal Tan Mutalib.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;