Bandar Sri Iskandar, Perak, 20/4/2016 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan mengadakan Taklimat Khas di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, Bandar Sri Iskandar. Taklimat ini bertujuan memberi taklimat kepada Unit HEM PPD Perak Tengah tentang program-program yayasan. Seramai 15 orang Guru Penolong Kanan dari sekolah-sekolah  kebangsaan terpilih di sekitar Perak Tengah telah hadir.


Ketua Unit Pembangunan HEM Pejabat Pendidikan Perak Tengah, Ust Zahari Omar bersama pegawainya turut sama menyokong dan hadir mendengar taklimat program-program YBK khususnya peluang kemasukan pelajar miskin ke Asrama Kasih YBK oleh pegawai YBK. Dalam sesi taklimat YBK mengalu-alukan sekolah memperakukan permohonan kemasukan pelajar ke Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir pelajar miskin dan berpotensi untuk maju.

Pihak PPD Perak Tengah dan beberapa orang guru yang hadir telah menyatakan akan mengenalpasti dan mengemukakan pelajar miskin yang layak untuk dipertimbangkan oleh YBK. Disamping itu mereka juga berminat bekerjasama dengan YBK menjayakan program motivasi pelajar di masa depan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;