BUKIT KIARA, 5 Mei 2016 - Majlis Pelancaran Sinar Kasih Ramadhan 2016 telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Dato' Selamat Amir dan Tuan Haji Hamzah Jalli.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat 261-263 dari Surah Al-Baqarah oleh adik Muhammad Haneef Kamaruddin dari rancangan realiti Tahfiz Muda dan bacaan doa oleh Ustaz Saiful Akmal Addanan.

Pada majlis tersebut, YBK telah menerima cek-cek sumbangan dari Makhostia Sdn Bhd, Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling, Almas Beauty & Health, YBK Usahasama Sdn. Bhd., Permodalan YBK Sdn Bhd, Servecare Sdn. Bhd., PYBK Construction Sdn. Bhd.,Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd, Hikmah Cantik Sdn. Bhd. dan Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Jumlah sumbangan kini adalah RM170,310 bersamaan dengan 283 keluarga terpilih. Pengagihan sumbangan akan dilaksanakan bermula 23 Mei sehingga 3 Jun 2016 oleh pegawai dan sukarelawan YBK di seluruh negara.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;