- Hit: 1723
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2016 - Program Santuni Gelandangan untuk minggu ini diteruskan dengan tajaan daripada seorang dermawan daripada Kolej Yayasan Pahang. Sebanyak 100 pek makanan tengahari tersedia untuk diedarkan kepada gelandangan.
Edaran bermula pada jam 12 tengahari yang dilaksanakan oleh pegawai YBK, pegawai masjid dan sukarelawan yang hadir. Program mingguan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja kepada gelandangan tetapi juga dermawan yang ingin menyumbang.
Kepada individu atau organisasi yang ingin menyumbang untuk Program Santuni Gelandangan ini, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian 03 7845 0036 atau 012 617 4051.