KUALA LUMPUR, 14 Mei 2016 - Sebagaimana minggu-minggu sebelumnya, Program Santuni Gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur diteruskan pada minggu ini. Hari yang sedikit panas tidak menjejaskan kehadiran gelandangan yang sedia menanti di pintu utama masjid tempat edaran dijalankan.

Tepat jam 12 tengahari, edaran dimulakan. YBhg. Ustaz Faisal Tan Mutalib, imam Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur telah membacakan doa sebelum para pegawai masjid dan sukarelawan yang hadir mengedarkan makanan. Sebanyak 100 pek makanan daripada YBK diserahkan kepada gelandangan yang hadir. Proses edaran tamat dalam tempoh 30 minit.

YBK mengalu-alukan individu dan organisasi yang ingin menyumbang untuk Program Santuni Gelandangan. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7845 0036 atau 012 617 4051.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;