- Hit: 1639
Asrama Kasih YBK Gesir, 14/5/2016 - Asrama Kasih YBK Gesir hari ini menerima lawatan 6 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mereka merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu semester 2 pengkhususan Kesusasteraan dalam Pembinaan Modal Insan.
Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi. Tujuan pelajar ini untuk menemubual dan meramah mesra dengan pelajar, Pengetua dan kakitangan Asrama Kasih YBK Gesir. Antara lain mereka juga mengkaji bagaimana anak-anak menyesuaikan diri di asrama dan impak positif selepas anak-anak asrama kasih tamat persekolahan dan mendekati anak-anak asrama secara dekat. Kehadiran mereka juga turut memberi motivasi kepada pelajar supaya berusaha dan berjaya dalam pelajaran.
Program lawatan dan motivasi dari pelajar univewrsiti tempatan merupakan strategi yayasan memberi motivasi kepada pelajar. YBK akan merancang lebih banyak program seperti ini. Lawatan berakhir pukul 1.00 petang. Pihak pelajar UPSI memberi cenderahti kepada Asrama Kasih YBK Gesir.