Pejabat YBK Ara Damansara YBK, 17/5/2016 - hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan menyumbang bantuan kewangan kepada Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah Hulu Selangor. Sumbangan ini adalah bertujuan membiaya program Tuisyen Pelajar Sekolah khususnya sebagai persediaan menghadapi UPSR. Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah merupakan sekolah luar bandar. Bilangan pelajar adalah lebih 250 orang dari kalangan pelajar perkampungan sekitar termasuk pelajar ASrama Kasih YBK Gesir,

Guru Besar sekolah Cegu Abdul Rahman bagi pihak sekolah menerima Sumbangan sebanyak RM4,500 dari YBK. Sumbangan disampaikan di [pejabat sementara YBK Ara Damansara.ย  Sumbangan ini adalah sebahagian bantuan kewangan tahunan yang diputuskan oleh YBK bagi membantu sekolah mencatat kecemerlangan akademi yang juga sekolah di mana pelajar Asrama Kasih YBK Gesir bersekolah.

Cegu Abdul Rahman juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Asrama Kasih YBK Gesir, sentiasa menyokong dan membantu pelajar Asrama YBK Gesirย  mencatat keputusan UPSR yang baik.