- Hit: 1653
Kg Seri Serendah, 21/5/2016 - Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini mengadakan Program Hari Keluarga Asrama Kasih YBK dengan tema 'Sepakat Membawa Berkat'. Program Hari Keluarga ini diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan diantara ibu bapa penjaga pelajar , anak-anak Asrama Kasih YBK dan Pengurusan Asrama. Konsep majlisnya lebih santai dan ibu bapa membawa juadah dari rumah masing-masing. Pelbagai lauk pauk serta kuih muih dibawa bersama untuk disajikan kepada anak-anak Asrama Kasih. Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dengan aktiviti zumba yang dibawakan oleh pelajar-pelajar Asrama Kasih Ybk ini mendapat sambutan dari ibu bapa yang sporting. Walaupun keadaan pagi itu cuaca hujan renyai-renyai acara gotong royong tetap berlangsung dengan ibu bapa yang bersemangat berganding bahu bersama membersihkan kawasan asrama. Pada jam 9.50 pagi seramai 40 orang Mahasiswa UPSI dari Kelab WIRA pasukan PALAPIS dengan berpakaian loreng tentera menambahkan lagi tenaga kerja membersihkan kawasan Asrama.
Lebih kurang jam 11.30 pagi semua aktiviti gotong royong diselesaikan dan semua mengambil peluang berihat dan makan juadah yang telah disediakan ibu bapa. Turut hadir bersama En.Zulhairy Jalaludin Ketua Pegawai Eksekutif YBK sebagai tanda sokongan pada program ini. Beberapa orang Alumni's Aska juga turut hadir memeriahkan suasana. Mereka ini amat komited dengan program-program yang asrama anjurkan. Antara Alumni yang hadir seperti saudara Norazlie Torje dan Saudari Salwa mereka adalah pelajar pertama asrama kasih selain itu beberapa alumni SPM 2014 juga hadir sebagai tanda sokongan. Majlis diteruskan selepas solat zuhor berjemaah dengan aktiviti sukaneka di padang Asrama. Pelbgai acara yang dipertandingkan dari peringkat umur 12 tahun kebawah hinggalah ke peringkat ibu bapa.
Mahasiswa UPSI juga turut terlibat menjayakan sukaneka ini. Majlis Penutup dimulakan sehabis sahaja acara sukaneka selesai. Tetamu VIP yang hadir dari UPSI iaitu Leftenan Kolonel Mohd Yusni b. Abu Bakar iaitu Ketua Jurulatih PALAPIS UPSI bersama juga Kapten Azmin Kama b. Azmir iaitu AJUTAN PALAPIS UPSI. dan seorang Pegawai Waran 2 Salim b. Daud. Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua Pn. Halimaton Saadiah dan Leftenan Kolonel. Ibu bapa amat berterima kasih di atas penganjuran program yang amat meriah ini. Dan mereka mencadangkan agar program sebegini dapat diteruskan lagi.