Kangar, 27/5/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan memberi sumbangan | sedekah SKR2016 kepada Puan Indon bt Nyan dari Kg Jarak Batu 2 Kangar Perlis. Seorang ibu tunggal yang hanya bergantung kepada pendapatan bekerja sebagai pembantu gerai minuman dengan pendapatan RM500 sebulan. Semasa sumbangan diberi dia sedang bekerja di Bat Bohor Lateh (Pasar Pagi) di gerai minuman di sana. Menyara 3 orang anak (13-17 tahun) yang sedang bersekolah di SMK Putra Kangar. Keluarga boleh dihubungi 017-4345457 atau Cegu Mokhtar Arsahad 012-4035280
Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Mokhtar Arshad SMK Putra Kangar. 
Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari PYBK Construction Sdn Bhd

Kangar, 27/5/2016 -  Yayasan Basmi Kemiskinan mengagihkan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 (SKR2016) kepada Puan Rokiah bt Mohd Ali dari Taman Desa Bintong Kangar Perlis. Beliau adalah orang ibu tunggal yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap hanya bergantung kepada pendapatan adiknya menjual kasut terpakai di sekitar Kangar. Buat masa ini menumpang di rumah adiknya. Menyara 4 orang anak (4-14 tahun) di mana 3 sedang bersekolah. Keluarga boleh dihubungi 010-5050109 atau Cegu Mokhtar Arshad 012-4035280. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Mokhtar Arshad SMK Putra Kangar. Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari PYBK Construction Sdn Bhd.

Kangar, 27/5/2016 -YBK mengagihkan sumbangan | sedekah SKR2016 kepada Encik Shahnan b Abd Arshad, Jalan Raja Syed Saffi Bintung Perlis. Beliau tidak ada pekerjaan tetap kecuali membantu nelayan mengangkap ikan. Ditinggalkan isteri kerana kesusahan hidup dan menyara 3 orang anak (11-15 tahun) yang sedang bersekolah di SMK Putra Kangar. Keluarga boleh dihubungi 010-5050109 atau Cegu Mokhtar Arshad 012-4035280. Semasa menyerahkan sumbangan tampak kedaifan keluarga ini yang hanya menyewa dengan kadar @RM170 sebulan sebuah rumah yang tidak sesuai didiamai sebuah keluarga sekarang. Tambahan keadaan rumah yang hampir roboh. Menurutnya dia sedang membina sebuah rumah sendiri di atas tanag sumbangan sedara di Batu Pahat. Cegu Mokhtar akan menyiasat dan memperakukan permohonan kewangan kepada YBK jika wajar. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Mokhtar Arshad SMK Putra Kangar. Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari PYBK Construction Sdn Bhd.

Kangar, 27/5/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan, memberi sumbangan SKR2016 kepada Puan Zurina Azni bt Zahari Taman Santai 2 Kangar Perlis. Seorang ibu tunggal yang hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan serta sumbangan masyarakat. Allahyarham suaminya adalah bekas tentera yang berkhidmat menentang tentera Sulu di Lahat Datu Sabah. Namun telah bersara disebabkan arahan berpindah ke Sarawak telah memilih menjadi pemandu trellar sebagai punca pendapatan keluarga. Namun demikian dia telah mengalami kemalangan di Slim River yang menyebabkan kematian. KIni Puan Zurina kehilangan punca pendapatan. Kini terpaksa menyara 3 orang anak (2-5 tahun). Keluarga boleh dihubungi 012-590-4708 atau Cegu Mokhtar Arsahad 012-4035280. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Mokhtar Arshad SMK Putra Kangar. Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari PYBK Construction Sdn Bhd.

Arau, 27/5/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah memberi sumbangan SKR2016 kepada Puan Miss Kesinee Jehmoh dari Kg Pulau Jejani Arau Perlis.Seorang ibu tunggal yang hanya bergantung kepada pendapatan berniaga pasar malam dengan pendapatan lebih kurang RM900 sebulan. Kematian sejak tahun lepas, kini berusaha bersama adiknya menjual pizza di sekitar pekan Padang Besar. Menyara 3 orang anak (6-11 tahun) yang sedang bersekolah. Tinggak di rumah pusaka pemberian keluarga suami. Keluarga boleh dihubungi 012-5522699 atau Cegu Mokhtar Arshad 012-4035280. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Mokhtar Arshad SMK Putra Kangar.Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari PYBK Construction Sdn Bhd.

 

 

­čô× HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

­čô× TEL :┬á+60 (3) 7875 0036
­čôá FAKS :┬á+60 (3) 7875 0719
­čôž E-MEL :┬áybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;