Sekinchan, 26 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 (SKR2016) kepada keluarga Puan Siti Zunainah bte Sarsin. Beliau adalah seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai operator kilang kuih dengan pendapatan RM500 sebulan dan menyara 5 orang anak yang masih bersekolah. Penerimaan sumbangan diwakili abg iparnya En Hassan bin Hashim kerana Puan Siti Zunainah bekerja semasa YBK melawat rumahnya. Sumbangan disempurnakan oleh Pengetua PLYBK Kuala Selangor Encik Zulkefli Zali (0194729103) bersama kakitangan Pusat Latihan..

Sekinchan, 26 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan | mengagih sumbangan | sedekah berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan (SKR 2016) kepada keluarga Puan Siti Azlinda bte Kamal. Beliau nerupakanย  seorang ibu tunggal yang tidak bekerja kerana menjaga dan membesarkan 6 orang anak yang masih kecil bersendirian sejak suaminya meninggal dunia. Beliau menyara kehidupan dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM500 sebulan. Anak sulungnya berusia 14 tahun dan yang bongsu berusia 5 tahun. Beliau juga mengurus dan menghantar anaknya ke sekolah menaiki motorsikal setiap hari. Sumbangan disempurnakan oleh Pengetua Pusat Latihan YBK En Zulkefli Zali (019-4729103)

Sekinchan, 26 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan mengagihkan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 (SKR2016) kepada Puan Jaesah bt Dimen. Sumbangan disempurnakan oleh Encik Zulkefli Zali Pengetua Pusat Latihan YBK Kuala Selangor. Responden merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 4 orang anak yang masih bersekolah. Beliau menyara hidup dengan bekerja kebun dan membuat kerepek selain bantuan Lembaga Zakat Selangor. Anak beliau yang besar dan telah menamatkan sekolah juga membuka bengkel motor dirumah untuk menyara kehidupan keluarga. Mereka boleh dihubungi dengan 019-4729103 (Zulkefli Zali)

Sekinchan, 26 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan mengagih sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 (SKR2016) kepada En. Aris bin Hamzah. Beliau kini di bawah kawalan perubatan mengalami strok separuh badan dan tidak berkerja. Manakala isterinya pula hilang penglihatan dan juga tidak mampu bekerja. Mereka menyara hidup dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor dengan membesarkan 2 org anak yang berusia 16 tahun dan 12 tahun. Pengangkutan yang ada hanyalah basikal. Sumbangan disempurnakan oleh Encik Zulkefli Jali Pengetua Pusat Latihan YBK Kuala Selangor.

Mereka boleh dihubungi dengan 019-4729103 (Zulkefli Zali)

ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;