KG. MELAYU SUBANG, 23 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada 5 keluarga di kawasan Kg. Melayu Subang. Sumbangan untuk keluarga-keluarga ini adalah daripada Datin Saripah Ahmad, Datin Che Nariza Hajjar Hashim, Suzana Akhman Amir, dan Tuan Haji Hashim Abdul Kadir . Penyerahan sumbangan dibantu oleh Ustazah Norihan dan Cikgu Azizah dari SMK Subang;

Puan Norzemah Tongah. Suami beliau, En. Abdul Aziz Abdullah bekerja mengambil upah sebagai pemotong kayu dengan pendapatan RM500/bulan. Keluarga beliau ada menerima bantuan zakat tetapi masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Anak sulung keluarga ini sedang melanjutkan pelajaran di UTM Skudai manakala 3 orang lagi masih belajar di SMK Subang dan SK Subang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 903 2575.

Puan Ruziah Hussin. Beliau tidak bekerja dan anak-anak beliau bersepakat menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu membayar perbelanjaan keluarga. Rumah tempat tinggal beliau sekeluarga disewa dengan bayaran RM450 dan ditanggung oleh Pusat Zakat. Empat orang anak masih belajar manakala seorang telah bekerja di kilang berhampiran. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 211 5068.

Puan Rusnani. Beliau adalah seorang ibu tunggal kematian suami. Untuk menampung perbelanjaan keluarga, beliau mengambil inisiatif menjual keropok secara kecil-kecilan dan dihantar di gerai-gerai berhampiran rumah di samping menerima tempahan jika diminta. Di samping itu, beliau turut menerima pencen ilat PERKESO arwah suaminya yang sedikit sebanyak meringankan sedikit beban kewangan. Pendapatan purata hasil jualan keropok adalah RM350 sebulan dan beliau menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 365 3805.

Puan Zailani Abdullah, seorang ibu tunggal kematian suami. Beliau baru sahaja memulakan kerja sebagai tukang cuci (cleaner) di sekolah berhampiran dengan gaji RM900 sebulan. Sebelum itu, beliau mengambil upah sebagai pengasuh kanak-kanak dengan pendapatan kasar RM300 sebulan. Pencen ilat PERKESO arwah suaminya juga meringankan sedikit beban keluarga kerana beliau menanggung 5 orang anak yang masih belajar. Anak sulung beliau bekerja di PUSPAKOM. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 980 2389.

Puan Nor Hayati Latib adalah seorang ibu tunggal. Pendapatan keluarga adalah hasil daripada jualan nasi lemak di LRT Kelana Jaya pada waktu selepas bekerja (5 petang ke atas). Beliau tidak berniaga pada waktu pagi kerana perlu menguruskan hal anak-anak di rumah. Pendapatan menjual nasi lemak ini adalah sekitar RM300 sebulan tetapi beban kewangan keluarga beliau sedikit-sebanyak diringankan dengan pencen arwah suaminya. Beliau menetap di Klang sebelum berpindah ke Kg. Melayu Subang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 382 1704.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;