SEMENYIH, 27 Mei 2016 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK diteruskan di kawasan Semenyih, di mana 3 keluarga telah dikenal pasti. Dua orang guru daripada SMK Bandar Rinching, Cikgu Azah Asyikin dan Ustazah Asmani telah membantu proses serahan kepada ketua isi rumah. Sumbangan ini adalah daripada dermawan - Norlia Mohd Ali, Zulkifly Kassim dan Amir Faizal Naidu Abdul Manan. Keluarga yang menerima adalah;

En. Sharuddin Japar adalah seorang buruh kasar di Setia Ecohill yang dibayar gaji harian RM48. Isteri beliau, Pn. Norpahanum tidak bekerja. Beliau menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah serta seorang anak yang masih bayi. Keluarga ini tinggal di rumah yang disewa dengan bayaran RM350 sebulan.

En. Sharuddin boleh dihubungi di talian 017 267 8351.

Pn. Norzilawati Zainal Abidin bekerja sebagai pembantu kedai dobi berhampiran Tesco Semenyih, dengan pendapatan purata RM400. Beliau menghidap semput dan menanggung 5 orang anak yang masih belajar.

Tinggal di rumah yang disewa di Semenyih Indah dengan bayaram RM500 sebulan dan keperluan kewangan keluarga ini sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan daripada zakat.

Pn. Norzilawati boleh dihubungi di talian 012 789 1192.

En. Mohamad Nordin Abdullah adalah seorang mualaf yang bekerja sebagai buruh dan mengambil upah dengan pendapatan yang tidak menentu, dan paling tinggi adalah sekitar RM700 sebulan. Isteri beliau, Pn. Adizah Amjiah tidak bekerja. Keluarga ini menyewa rumah dengan kos RM400 sebulan. Tiga daripada enam orang anak masih bersekolah.

En. Mohamad Nordin boleh dihubungi di talian 014 667 8562.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;