DESA PETALING, 26 Mei 2016 - Hari ini, Khamis, Yayasan Basmi Kemiskinan meneruskan proses serahan sumbangan kepada 2 keluarga di kawasan ini. Cikgu Nurul Izyati daripada SK Desa Petaling telah bersama pegawai YBK membantu menyerahkan sumbangan kepada ketua keluarga. Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada dermawan - Shamsiah Mohd Dom. Keluarga yang menerima adalah;

Pn. Wan Nor Azmaini Wan Seman, seorang ibu tunggal yang menanggung 6 orang anak dan 4 orang daripadanya masih belajar. Beliau bekerja sebagai pembantu kantin sekolah di SK Desa Petaling dengan purata pendapatan RM1000 sebulan. Walau bagaimanapun, pendapatan beliau bergantung kepada hari persekolahan rasmi dan ketika cuti sekolah lazimnya beliau tiada pendapatan.

Puan Wan Nor Azmaini boleh dihubungi di talian 017 331 5476.

En. Mohd Rashid Mohd Bashir bekerja sebagai tukang pembersih (cleaner) dengan pendapatan kasar RM700 sebulan. Isteri beliau, Pn. Rashidah bekerja sebagai pembantu kedai dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan. Keluarga ini menyewa rumah yang didiami dengan kos RM142 sebulan. Tiga daripada empat orang anak beliau masih lagi belajar.

En. Mohd Rashid boleh dihubungi di talian 016 240 9120.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;