BERANANG, 1 Jun 2016 - Hari ini, Yayasan Basmi Kemiskinan berkunjung ke Beranang, pekan yang terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Enam (6) keluarga telah dipilih untuk menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR). Puan Norhaidah Sabaruddin, Guru Penolong Kanan SMK Khir Johari bersama Cikgu Rafizah Jaffar turut serta dalam kunjungan ini. Sumbangan adalah daripada Dato' Ir. Hj. Zainuddin Hj. Mohd Radzi. Keluarga yang menerima adalah;

Puan Raja Rozana bt Raja Yahya terpaksa mencari rezeki untuk keluarga apabila suaminya, Encik Shamsul Bahrin Yahya mengalami kecacatan fizikal dan mental akibat jatuh daripada bumbung semasa bekerja dan hilang ingatan lima tahun. Kemalangan itu juga menyebabkan suaminya tidak lagi mampu bekerja dan memerlukan perhatian penuh daripada ahli keluarga.

Namun begitu, Puan Raja Rozana tetap tabah dan sambil membantu suaminya untuk memulihkan ingatannya, beliau membuat perniagaan makanan sejuk beku (frozen food) dan pembungkusan makanan ringan. Hasil usaha ini membolehkan beliau mendapat pendapatan purata RM900 sebulan, selain ihsan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitul Mal. Keluarga ini mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah.

Puan Raja Rozana boleh dihubungi di talian 017 285 9608.

Encik Norzizan Baharuddin tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit batu karang dan masalah kesihatan yang lain. Isteri beliau, Puan Rosmahani Mahat menjadi mencari rezeki untuk keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sekolah berhampiran dengan purata gaji RM800 sebulan.

Keluarga ini tinggal menumpang dan beban kewangan sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan barang keperluan rumah oleh zakat. Dua orang anak beliau masih bersekolah.

En. Norzizan boleh dihubungi di talian 011 1227 5889.

Puan Rosnah Hj Kassim adalah balu kepada bekas tentera di mana suami beliau meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut. Beliau bergantung kepada pencen tentera arwah suami di samping mengusahakan kebun getah kecil milik keluarga untuk menyara keluarga.

Beliau amat bertuah kerana dikurniakan anak yang bijak dan berdisiplin di mana anak sulungnya (perempuan) kini menuntut di IPT dalam bidang kejuruteraan manakala dua orang lagi masih bersekolah menengah. Untuk meringankan beban kewangan keluarga, beliau turut mendapat bantuan persekolahan (anak yatim) untuk anak beliau.

Puan Rosnah boleh dihubungi di talian 03 8766 0995.

Puan Zarina bt Zuriat adalah ibu tunggal yang tinggal menumpang di rumah ibunya. Suami beliau meninggal dunia 4 tahun yang lalu dan untuk menjana pendapatan keluarga, beliau mengambil inisiatif menjual makanan sejuk beku (frozen), mengambil tempahan menghidang makanan (katering) dan membuat kuih-muih dan biskut. Walau bagaimanapun hasil pendapatannya tidak seberapa dan bergantung kepada permintaan, dengan purata sebulan sebanyak RM600. Tiga daripada empat orang anaknya masih belajar.

Puan Zarina boleh dihubungi di talian 013 623 8820.

Puan Musrafizah Mustafa Hilmi menyara lima orang anaknya yang masih bersekolah dengan menjual kuih sejuk beku (frozen) di sekitar Kg Sesapan Kelubi, Beranang. Secara purata beliau mampu memperoleh RM500 sebulan bergantung kepada permintaan tetapi jumlah ini belum cukup mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga. Bantuan zakat sebanyak RM300 sebulan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini.

Puan Musrafizah boleh dihubungi di talian 012 340 4522.

Encik Mohd Aziz Mohd Nor menyara keluarga beliau dengan bekerja kampung seperti mengambil upah menebas, membersih kebun dan seumpamanya. Di samping itu beliau juga menanam pokok serai secara kecil-kecilan untuk dijual. Pendapatan daripada kerja kampung ini hanyalah sekitar RM450 sebulan. Isteri beliau, Puan Hayati Halim tidak bekerja. Lima daripada enam orang anak beliau masih bersekolah. Keluarga ini tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM150 sebulan.

Encik Mohd Aziz boleh dihubungi di talian 010 432 6276.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;