- Hit: 1699
Baling, 2/6/2016 - Pendang, 1/6/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan menyumbang bantuan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada 5 keluarga miskin terpilih di sekitar Mukim Kuala Pegang Baling. Sinar Kasih Ramadhan 2016 adalah program tahunan YBK sejak tahun 2003 yang menyediakan bantuan | sedekah berbuka dan bersahur untuk keluarga miskin terpilih seluruh negara. Ia adalah sumbangan orang ramai dan koperat melalui siri kempen oleh yayasan. Mereka yang terpilih dicadang oleh Cikgu Salmah Othman Pen Kanan Sek Kebangsaan Kg Padang Baling (019-5742031). Sumbangan SKR2016 untuk keluarga ini adalah merupakan tajaan dari PYBK Contruction Sdn Bhd.
Puan Fatimah bt Abdul Malek Rosnah di Kg Padang Mukim Pulai Baling. Seorang ibu tunggal yang mengambil upah kerja kampung menoreh getah dengan pendapatan tidak tetap. Menyara 3 orang anak (2-12 tahun) yang sedang bersekolah. Keluarga boleh dihubungi 019-5920234. Sumbangan disampaikan oleh Cegu Salmah Othman Pen Kanan SK Kg Padang Baling.
Puan Bibi Nafisah bt Hussin di Kg Lela Kuala Pegang. Seorang ibu tunggal yang mengambil upah kerja kampung menoreh getah dengan pendapatan tidak tetap. Menyara 5 orang anak (6-16 tahun) yang sedang bersekolah. Keluarga boleh dihubungi 017-4013997. Sumbangan disampaikan oleh Cegu Salmah Othman Pen Kanan SK Kg Padang Baling.
Encik Mohamad Yusri b Ali di Kg Lela Kuala Pegang Baling. Beliau hanya hidup atas usaha mengambil upah kerja kampung sebagai tukang dan penoreh getah dengan pendapatan tidak tetap. Menyara 3 orang anak (2-12 tahun) yang sedang bersekolah. Keluarga boleh dihubungi 019-4726860. Sumbangan disampaikan oleh Cegu Shamsudin Taib SMK Tunku Putra Baling.
Puan Arfizah bt Isa di Kg Lubuk Kabu Hujung Padang Baling. Beliau adalah seorang ibu tunggal pembantu sekolah sambilan mengambil upah kerja kampung menoreh getah dengan pendapatan tidak tetap. Menyara 5 orang anak (5-13 tahun) yang sedang bersekolah. Keluarga boleh dihubungi 019-4616044. Sumbangan disampaikan oleh Puan Harison Othman bersama Cikgu Salmah Othman Pen Kanan SK Kg Padang Baling.
Puan Norazihan bt Mohd Rusoh di Kg Carok Kapas Kuala Pegang Baling. Beliau adalah seorang ibu tunggal hanya mengambil upah menjaga anak orang dan menerima bantuan JKM sebab tak RM250 sebulan. Menyara 3 orang anak (7-14 tahun) yang sedang bersekolah dan seorang darinya sakit darah yang memerlukan rawatan doktor secara berkala. Keluarga boleh dihubungi 012-5595664Sumbangan disampaikan oleh Puan Harison Othman bersama Cegu Salmah Othman, Pen Kanan SK Kg Padang Baling.