HULU LANGAT, 02 Jun 2016 - Daerah Hulu Langat yang terkenal dengan kawasan rekreasi seperti Sungai Congkak dan Sungai Lui telah menerima kunjungan Yayasan Basmi Kemiskinan untuk Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2016. Sebanyak 6 keluarga telah terpilih untuk menerima SKR. Puan Sorah Ismail, Guru Penolong Kanan HEM SMK Abdul Jalil telah membantu mengkoordinasikan agihan. Sumbangan adalah daripada Synotech Design. Keluarga yang menerima adalah;

Puan Norliana Khalid adalah ibu tunggal kematian suami. Beliau dan anak-anak seramai 6 orang tinggal di rumah yang disewakan daripada bapa mertuanya. Arwah suaminya adalah seorang juruteknik pendingin hawa dan selepas kematiannya, Puan Norliana melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki keluarga.

Kemahiran memasak dan menjahit yang dimilikinya membolehkan beliau mengambil tempahan memasak, membuat nasi bungkus, kuih-muih dan menjahit bantal. Purata pendapatan bersih hasil daripada kerja-kerja ini adalah sekitar RM600 sebulan dan bergantung kepada permintaan. Bantuan zakat sebanyak RM350 yang diterimanya digunakan untuk membayar sewa rumah.

Puan Norliana boleh dihubungi di talian 011 2760 1979.

Encik Safri Baharuddin menyara keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah menebas dan membersihkan kebun. Namun selepas beliau ditimpa kemalangan dilanggar kereta sehingga kaki dimasukkan besi, beliau tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat.

Isteri beliau, Puan Suzani Ishak membantu suaminya mencari rezeki dengan menjual sayur-sayuran. Pendapatan keluarga ini adalah tidak seberapa dan secara purata sekitar RM500 sebulan. Beban keluarga ini sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan zakat yang memberikan barangan keperluan dapur secara bulanan. Beliau tinggal di rumah yang disewa dengan kos RM400 dan menanggung 3 orang anak yang masih belajar.

Encik Safri boleh dihubungi di talian 012 242 4030.

Puan Zawani Abdul Ghani adalah seorang ibu tunggal dan tinggal menumpang di rumah yang daif. Bekalan elektrik dan air rumah diambil daripada jiran. Beliau menyara keluarga dengan mengambil upah menebas dan mesin rumput di kawasan berhampiran. Pendapatan kasar sebulan yang diperoleh adalah RM600 sebulan.

Lima daripada tujuh anak beliau masih belajar. Beban kewangan keluarga ini sedikit sebanyak diringankan melalui bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.

Puan Zawani boleh dihubungi di talian 018 873 7704.

Puan Rasyidah Abdul Rasit adalah anak yatim piatu dan terpaksa menyewa di pangsapuri selepas kematian ibu dan bapanya kerana rumah keluarga menghadapi isu dengan pihak bank. Adik-adik beliau seramai tiga orang turut tinggal bersamanya. Beliau bekerja sebagai jururawat di Hospital Ampang manakala suami beliau sedang mengikuti kursus latihan asas konstabel polis.

Pendapatan beliau hanya cukup-cukup untuk menanggung beliau dan adik-adiknya yang masih belajar, ditambah dengan keperluan membayar sewa rumah sebanyak RM700 sebulan. Suami beliau tidak menerima sebarang elaun semasa dalam latihan.
Puan Rasyidah boleh dihubungi di talian 017 674 1720.

Puan Hazlinawati Ibrahim menghadapi kesukaran menyara keluarga selepas suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori sudah lama tidak pulang ke rumah. Beliau terpaksa mencari rezeki dengan menjual puding dan ais krim yang dibuat sendiri dari rumah di kawasan sekitar pangsapuri kediamannya. Hasil jualan adalah tidak seberapa dan secara purata beliau hanya mampu memperoleh sekitar RM300 sebulan.

Kesulitan beliau bertambah kerana 7 daripada 8 orang anak beliau masih bersekolah. Beban kewangan keluarga ini sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan barang keperluan dapur oleh zakat. Unit pangsapuri yang didiami keluarga beliau disewa dengan kos RM300 sebulan.

Puan Hazlinawati boleh dihubungi di talian 011 2784 6959.

Puan Rohani Ibrahim adalah seorang ibu tunggal kematian suami dan menghidap sakit asma. Beliau bergantung harap kepada anak-anak beliau yang bekerja untuk menanggung perbelanjaan keluarga namun pendapatan anak beliau adalah tidak seberapa. Anak sulung beliau bekerja sebagai juruwang sambilan di pasar mini dengan pendapatan kasar RM500 sebulan.

Seorang daripada anak beliau (perempuan) adalah OKU mental dan memerlukan pemantauan sepenuhnya. Ini membataskan aktiviti Puan Rohani untuk mencari rezeki buat keluarga. Tiga orang anak beliau masih belajar. Beliau tinggal menyewa dengan kos RM550 sebulan dan ditanggung oleh zakat.

Puan Rohani boleh dihubungi di talian 019 351 0969.

Puan Rohana Awang bekerja sebagai tukang cuci (cleaner) dengan pendapatan asas RM900 sebulan. Empat daripada lima orang anak beliau masih belajar. Beliau tinggal menyewa di rumah yang serba kekurangan.

Puan Rohana boleh dihubungi di talian 012 272 9060.

Puan Haniza Yahya sekarang ini tinggal menumpang di rumah kakak beliau. Beliau menerima bantuan barang dapur daripada Lembaga Zakat Selangor. Pendapatan sebulan beliau adalah sekitar RM350 sebulan. Beliau menanggung lima orang anak yang masih belajar.

Puan Haniza boleh dihubungi di talian 013 383 8832.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;