Kuala Selangor, 2/6/2016 โ€“ Yayasan Basmi Kemiskinan mengagihkan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada 4 keluarga miskin terpilih di sekitar bandar Kuala Selangor dan Tg Karang. Sumbangan disampaikan oleh Pengetua Pusat Latihan YBK Kuala Selangor Encik Zulkefli Zali dan kakitangan.

En. Idris bin A. Rahim dan isteri Pn. Siti Norlina bte Mohd Sahar yang menyewa di Bandar Baru Kuala Selangor. Beliau yang tidak bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan dan baru sahaja bangkit dari terlantar selama 3 bulan menyara isteri, 2 anak รฝang berusia 11 tahun dan 1 tahun selain ibu mertua beliau. Pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi halangan kesihatan membantutkan usaha mereka.

Keluarga En. Mohd Kaspar bin Sapingi dan isteri Pn. Norleha binti Salim yang menetap di ฤถampung Sri Tiram Jaya. En. Mohd Kaspar yang tidak memiliki pekerjaan tetap dan hanya bekerja kampung mengerjakan sawah padi menyara isteri dan 2 anak yang masih bersekolah rendah. Beliau juga ditimpa musibah dimana rumah yang diduduki perlu diruntuhkan dan terpaksa berpindah ke tapak lain.

Keluarga En. Shrizam bin Siamat, 35 dan isteri Pn. Nazarina binti Johary, 31 yang menyewa di Taman Sri Tiram Jaya Tg Karang sejak setahun yang lalu. En. Shrizam yang bekerja sebagai kelindan lori terpaksa akur dengan jadual kerja yang tidak menentu dengan pendapatan harian RM38 dan purata hari bekerja seminggu hanya 4 hari sahaja. Beliau menyara isteri dan 5 orang anak yang berusia 13, 10, 8,ย 7 dan 5 tahun yang masih bersekolah. Isteri beliau tidak bekerja dan hanya mengambil upah membuat kuih raya sewaktu perayaan sahaja kerana ingin menumpukan perhatian menjaga anak-anak yang masih kecil. En. Shrizam telah puas mencari kerja lain tetapi tidak mendapat peluang sewajarnya kerana kekangan umur.

Keluarga En Ispar bin Shukran (pendapatan hanya menerusi pekerjaan mengurut) dan isteri Pn Asiah binti Jaafar (seorang oku). Kedua mereka mempunyai masalah kesihatan kencing manis, darah tinggi dan jantung. Mereka berdua merupakan ibu dan bapa saudara kepada 2 beradik yang kematian ibunya pada bulan Jan 2016 yang lalu. Manakala bapanya pula tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya sejak menceraikan arwah ibu mereka 9 tahun yang lalu. 2 beradik tersebut, Abdul Hadi bin Abdul Hisam, 15 bersekolah di SAM Tg. Karang dan Abdul Razi bin Abdul Hisam, 12 bersekolah di SK Parit Serong.

ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;