KUALA LUMPUR, 4 Jun 2016 - Program Santuni Gelandangan telah diadakan pada hari ini di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Program ini adalah sesi yang terakhir sebelum ditangguhkan untuk tempoh sebulan kerana bulan Ramadhan. Cuaca sedikit panas tidak menjejaskan kehadiran gelandangan.

Pek makanan mula diedarkan pada jam 12 tengahari. Sebelum itu doa dibacakan oleh sukarelawan masjid dan edaran dilaksanakan oleh sukarelawan serta pegawai masjid dan YBK yang hadir. Sebanyak 100 pek makanan telah diserahkan di mana ia disumbangkan oleh dermawan Encik Zulfikar Hashman.

YBK mengalu-alukan individu dan organisasi yang ingin menyumbang untuk program Santuni Gelandangan. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7845 0036 atau 012 617 4051.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;