SIJANGKANG, 26 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengenal pasti 7 keluarga untuk menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) di kawasan ini. Sumbangan disampaikan oleh Dato' Haji Nordin Haji Selamat, YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya. Keluarga yang terpilih adalah;

Menetap di Jalan Manggis Sijangkang, Zakaria Mat Yob, 50 tahun, hanya mampu menerima ehsan dan pertolongan daripada adik dan kakak ipar meneruskan kehidupan bersama keluarga setelah diberhentikan kerja akibat penyakit jantung yang dihadapinya. Dengan ketiadaan pendapatan, empat orang anaknya menerima bantuan pendidikan daripada Pusat Zakat, Muhammad Hazwan (19 tahun), Muhammad Hazzaam (17 tahun), Muhammad Hatim (14 tahun) dan Muhammad Hazril (11 tahun) dan Muhammad Hazrul (11 tahun). Manakala yang masih tidak bersekolah Muhammad Hafiz (4 tahun). Isteri Hamiza Abu bakar pula tidak bekerja. Sumbangan SKR 2016 telah disampaikan oleh Dato’ Haji Nordin Haji Selamat, YDP PIBG SMK Sijangkang. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-278 7310 (Zakaria).

Sejak kematian suami, Normah Mohd Sapi 55 tahun, berdikari menyara anak-anak yang masih bersekolah hanya dengan mengambil upah mengupas bawang dan memotong cili dengan pendapatan RM25 sehari. Namun anak-anak Mohd Nor Reza (20 tahun), Norhafizah (18 tahun), Norfazira (17 tahun) dan Mohd Nor Nazri (12 tahun) tidak pernah mengeluh dengan nasib mereka dan begitu memahami kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh ibu mereka. Dengan masalah kesihatan yang tidak begitu baik Pn Normah menetap di Jalan Pisang, Sijangkang dan nasib mereka telah mendapat perhatian daripada Pusat Zakat. Sumbangan SKR 2016 telah disampaikan oleh Dato’ Haji Nordin Haji Selamat, YDP PIBG SMK Sijangkang. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 03-7875 0036 (Pn. Alia - Pegawai YBK).

Tinggal menyewa rumah di Batu 8 Jalan Tanjong Sijangkang, Busu Mat Dagang, 45 tahun, menetap bersama isteri Rosma Lon dan 5 orang anak. Kelima-lima anak beliau masih bersekolah iaitu Siti Atikah (16 tahun), Shamizal (13 tahun), Nor Farahdibah (11 tahun), Nor Adawiyah (9 tahun) dan Nurul Raihan Alisa (8 tahun). Dengan pendapatan RM600 sebulan hasil upah sebagai buruh beliau berjimat cermat bagi menampung keluarga mereka. Sumbangan SKR 2016 telah disampaikan oleh Dato’ Haji Nordin Haji Selamat, YDP PIBG SMK Sijangkang. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012-657 7539 (Busu).

Sejak kematian ibu bapa adik Nurul Zulaikha tinggal bersama nenek di Batu 9 Sijangkang dengan adik yang masih bersekolah Nurul Natasha Diana (16 tahun), Nurul Shakila (12 tahun), Muhammad Shazeril (14 tahun) dan seorang adik OKU, Muhammad Shafiq (20 tahun). Beliau terpaksa bekerja bagi menyara keluarga dengan mengambil tempahan menjahit pakaian dengan anggaran pendapatan RM550 sebulan. Sumbangan SKR 2016 telah disampaikan oleh Dato’ Haji Nordin Haji Selamat, YDP PIBG SMK Sijangkang. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012-263 0045 (Nurul).

Zulkifli Mat Desa, 44 tahun, tinggal menyewa di Jalan Sandora Batu 8 Sijangkang bersama isteri Rohana Abu Hassan dan 7  orang anak. Menyara keluarga dengan berniaga di pasar malam (air soya) dengan pendapatan yang tidak menentu. Mendapat bantuan Pusat Zakat dengan membayar  ansuran van yang digunakan beliau untuk berniaga. Lima (5) daripada anak beliau masih bersekolah iaitu Noorfadilah (19 tahun), Noor Hazilla (17 tahun), Muhamad Fahmi (12 tahun), Noornajwa (9 tahun), Muhammad Zulfarkhan (12 tahun). Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012-246 9078 (Zolkifli).

Rosnita Sulaiman, 43 tahun, merupakan seorang ibu tunggal yang menetap di Kg Sijangkang bersama 4 orang anak dimana 3 orang masih bersekolah. Menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu rumah dengan pendapatan RM500 sebulan, beliau menanggung perbelanjaan sekolah anak  Nurasyikin Nabila (18 tahun), Nur Aishah Hanim (17 tahun) dan Muhammad Ebell Akhbar (13 tahun). Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-292 7018 (Rosnita).

Menyewa rumah di Batu 8 Sijangkang, ibu tunggal ini Zahlinah Juwaini 39 tahun tinggal bersama 4 orang anak yang masih bersekolah Siti Nur Zulaikha (16 tahun), Siti Nur Iliya (15 tahun), Siti Nurin Aina (10 tahun) dan Siti Nurina Adlinna (6 tahun). Menyara keluarga dengan bekerja sebagai guru tadika berpendapatan RM500 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 018-378 3312 (Zahlinah).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;