Trolak, 5/6/2016 โ€“ Yayasan Basmi Kemiskinan menyerahkan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada 2 keluarga miskin di sini. Sumbangan disampaikan oleh Encik Romdani Shariff dari Akademi Kemahiran YBK Gesir mewakili YBK En. Sazaly bin Shafie, 42 tahun terpaksa mengorbankan kerjaya beliau demi memikul tanggungjawab menjaga bapa mertua berusia 72 tahun dan ibu mertua 71 tahun. Ibu mertua beliau mengidap sakit buah pinggang yang memerlukan dialisis 3 kali seminggu di mana sebahagian kos dialisis ditanggung oleh pihak JKM dan sebahagian lagi perlu dijelaskan oleh keluarga ini sendiri. Bapa mertua En.Sazaly pula mengalami sakit kaki yang menyebabkan masalah kesukaran untuk bergerak. En. Sazaly hanya melakukan kerja-kerja kampung bagi menyara keluarganya. Isteri beliau, Norhaimah binti Roslan, 36 tahun seorang surirumah. 2 orang anak beliau yang berumur 16 tahun dan 13 tahun masih bersekolah di SMK Dato Zulkifli,Slim River,Perak.

Puan Norazizi binti Md Ali (31 tahun) seorang ibu dengan 6 orang anak yang berumur di antara 13 tahun hingga 3 bulan hilang tempat bergantung apabila suami, seorang warga Pakistan telah pulang ke negara asal. Beliau dan anak-anak telah ditinggalkan tanpa sebarang nafkah sehingga ke hari ini. Sebelum ini, beliau pernah bekerja untuk menyara anak-anaknya tetapi terpaksa berhenti apabila melahirkan anak bongsunya yang baru berumur 3 bulan. Beliau terpaksa berpindah ke rumah pusaka di Pekan Trolak setelah tidak lagi mampu menyewa di Perling,Johor. Rumah yang didiami sekarang kelihatan uzur di dalamnya dengan bumbung rumah telah bocor di kebanyakan tempat. Keluarga ini tidur, memasak dan melaksanakan lain-lain aktiviti hanya di ruang tamu rumah yang tidak bocor. 4 orang anak beliau terpaksa berhenti sekolah akibat masalah kemiskinan dan kekurangan dokumen untuk urusan perpindahan dari Johor ke Trolak. Pn.Norazizi meneruskan kehidupan dengan bantuan dari JKM berupa beras dan sedikit wang. Atas keperihatinan penduduk setempat, jiran-jiran menolong apa yang termampu bagi menampung makanan harian keluarga ini.

๐ŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

๐Ÿ“ž TEL :ย +60 (3) 7875 0036
๐Ÿ“  FAKS :ย +60 (3) 7875 0719
๐Ÿ“ง E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;