- Hit: 1850
SHAH ALAM, 22 Jun 2016 - Bertepatan dengan 17 Ramadhan 1437H iaitu hari Nuzul Quran, Iftar YBK bersama anak syarikat pada tahun ini telah diadakan di Kelab Shah Alam dengan kehadiran seluruh warga kerja YBK, Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir, Pusat Latihan YBK, Akademi Kemahiran YBK, dan YBK Usahasama Sdn. Bhd. Turut hadir adalah Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan tetamu jemputan.
Majlis dimulakan pada jam 6:30 petang dengan penyampaian tazkirah oleh Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK berkenaan dengan fadilat Ramadhan, Nuzul Quran dan pesanan kepada warga kerja. Ini diikuti dengan penyampaian sumbangan kewangan kepada warga kerja YBK terpilih sempena Hari Raya yang bakal tiba dan cenderahati kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
Hadirin kemudiannya berbuka puasa sebaik azan Maghrib berkumandang pada jam 7:27 petang. Selesai berbuka, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih telah dilaksanakan secara berjemaah. Majlis Iftar ini merupakan tradisi tahunan dan menjadi platform untuk warga kerja berkumpul bersama untuk mengeratkan silaturrahim di samping mengambil barakah Ramadhan itu sendiri.