PEKAN, 26 Jun 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyerahkan zakat di kawasan Parlimen Pekan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat yang diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang pada jam 12 tengahari. Majlis dihadiri oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan isteri. Turut hadir, Datin Hartini Osman, dan para pegawai YBK.

YBK diwakili oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi telah menyerahkan zakat berjumlah RM50,000 dan diterima oleh YAB Perdana Menteri. Jumlah terkumpul zakat yang diterima pada majlis tersebut adalah RM1.7 juta dan melibatkan sebanyak 6250 keluarga asnaf. Antara penyumbang adalah Bank Rakyat, SME Bank, Kumpulan NAZA dan Tabung Haji Pahang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;