LEMBAH SUBANG, 28 Jun 2016 - Penerima Sinar Kasih Ramadhan (SKR), Encik Suhaimi Hj Daruis adalah seorang pemandu teksi sepenuh masa. Isteri beliau tidak bekerja dan beliau menanggung 5 orang anak di mana 3 orang daripadanya masih lagi bersekolah. Keluarga ini tinggal menyewa di Apartment PPRT Lembah Subang.

Kerjaya sebagai pemandu teksi tidak menjamin pendapatan tetap untuk Encik Suhaimi, ditambah dengan persaingan daripada pemandu sambilan swasta seperti 'Uber' dan 'GrabCar'. Secara purata, beliau mampu memperoleh sekitar RM1000 sebulan namun bergantung kepada permintaan. Namun begitu, beliau tetap gigih mencari rezeki untuk keluarga walaupun sedikit terbeban dengan pelbagai masalah.

Diharapkan sumbangan SKR ini dapat meringan beban Encik Suhaimi sekeluarga dalam menyelusuri bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;