BANDAR SAUJANA PUTRA, 28 Jun 2016 - Kehidupan Norfazilah Abdullah dan Azmi Arifin diuji apabila anak ke-2 pasangan ini terpaksa menjalani beberapa pembedahan oleh kerana terdapat takungan air dalam kepala Nursuhaili Fatiha, 16tahun.  Mempunyai 4 orang anak dan 2 orang darinya masih belajar.

Kini setelah hamper 2 tahun berlalu, adik Nur Suhaili hanya terlantar di katil dan bergantung sepenuhnya kepada kudrat si ibu.  Adik Nur Suhaili hanya minum air susu melalui tiub sebanyak 5 kali sehari. Setiap 6 bulan sekali adik Nur Suhaili perlu membuat pemeriksaan bekala di HUSM Kota Bharu. Adik ini perlu mendapatkan rawatan fisioterapi di Hospital Serdang dan juga menjalani urutan tradisional setiap minggu bagi melancarkan perjalanan darahnya.

Menerima bantuan dari JKM bagi bekalan susu adik Nur Suhaili sebanyak 24 tin sebulan, keluarga ini hanya berdoa agar Nur Suhaili akan kembali siha seperti sediakala dan boleh menjalani kehidupan seperti remaja yang lain.  Keluarga ini boleh dihubungi di talian,  Norfazilah (011-12227874).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;