Pontian, 19/6/2016 - YBK hari ini menyampaikan sumbangan kewangan kepada asnaf di sekitar Kg Parit Tengah Benut dan Kg Ayer Baloi Pontian. Penyampian bantuan kewangan kepada asnaf ini merupakan program tahunan YBK membantu YB Dato Ahmad Maslan menyampaikan bantuan kewangan kepada asnaf kampung terpilih sekitar Pontian.  

Sumbangan disampaikan oleh Dato Ahmad Maslan sendiri selaku Ahli Parlimen Pontian dan Timbalan Menteri MITI, bersama Hj Hamzah Jali ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK mewakili Dato Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK bersama pemimpin masyarakat sekitar Pontian. 

Seramai 200 keluarga dari kalangan asnaf ibu tunggal, orang asli dan termiskin menerima sumbangan. Turut sama memberi sumbangan adalah Halal Indusry Development Coperation (HIDC) sebuag agensi di bawah MITI yang telah menyumbang hamper makanan harian. Majlis sumbangan diadakan di masjid-masjid Kg Parit Tengah Benut dan Ayer Baloi Pontian

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;