Gesir, Sabtu 18/6/2016 - Majlis Berbuka puasa Asrama Kasih Gesir Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Kelab Motor Suzuki di Jambo Sakti. Setiap tahun Kelab.Motor Suzuki's akan membuat program iftar bersama anak-anak yatim dan asnaf. Kali ini Asrama Kasih YBK Gesir telah terpilih untuk melaksanakan program iftar. Kelab ini mempunyai lebih 500 ahli. Untuk majlis ini seramai 15 orang Ahli yang hadir.

Majlis bermula 6.00 petang dengan ucapan pengerusi Kelab En Norezuwan. Majlis diteruskan dengan penyerahan duit raya kepada pelajar asrama dan sumbangan hamper dan baju kelab motor suzuki. Pelajar dan warden dijamu dengan hidangan Mc Donald dan KFC semasa berbuka puasa.

Untuk kali ini anak-anak dibawa ke Masjid Gesir Tengah untuk solat Isya'dan tarawih bersama-sama. Majlis berakhir dengan jamuan moreh. Pihak asrama mengucapkan ribuaan terima kasih kepada pengerusi Kelab Motor Suzuki dan ahli-ahlinya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;