Gesir 17/6/2016-  YBK melaksanakan Majlis Iftar Dato Hj Zainal Hj sakom Pengerusi YBK bersama penduduk setempat di ASKA Gesir. Turut sama menjayakan program adalah pelajar Akademi Kemahiran YBK Gesir. Majlis ini melibatkan penduduk kampung seramai 300 orang. Majlis dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran pada pukul 5.30petang dan pengagihan bubur lambuk.

Selepas itu , majlis penyerahan sumbangan sinar lkasih Ramadan kepada enam keluarga dan penyerahan sumbangan kepada Pelajar Tahfiz Behrang 2020 dan sumbangan duit raya kepada anak-anak Jambo Sakti. Seramai 6 isi rumah sekitar Gersir juga menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 yang disampaikan oleh Datin Hartini Osman. Selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan tazkirah Dato Hj Zainal Abidin bin Hj Sakom. Majlis diteruskam dengan solat magrib berjemaah dan solat isya dan tarawih. Majlis berakhir dengan acara potong kek sempena Hari Bapa yang akan mejelang pada hari Ahad ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;