BUKIT BERUNTUNG, 4 Jun 2016 - Baizura Abdul Jalil Ibu tunggal yang menjaga 2 abang yang tidak berkahwin dan tidak sihat juga ibu tua yang cacat penglihatan. Mengharapkan duit gaji abang dan pencen mak sebanyak Rm 180 sebulan bagi meneruskan kelansungan hidup mereka sekeluarga. Sewa rumah dibayar oleh Pusat Zakat Selangor namun pernah dihalau kerana lewat membayar sewa. Salah seorang abangnya OKU tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan. Beliau juga menyara kehidupan 3 anaknya yang masih bersekolah. Mendapat bantuan barangan keperluan asas dari Pusat Zakat. Sumbagan SKR oleh En Shafiq Abdul Jabbar telah disampaikan oleh Ybhg Datin Hajah Hartini Osman,Pengerusi SKR dan Kumpulan Baka Hulu Selangor.

 Zainuddin Ismail seorang OKU-masalah saraf. Pernah bekerja namun sering ditipu dan dihina dek kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Mepunyai 2 orang yang masih kecil, 3 tahun dan bayi 3 bulan. Menyewa rumah flat dengan sewa RM 230 sebulan dan baru menetap di sini setahun yang lalu. Hasmawati dan Zainuddin Ismail meniaga nasi lemak di tepi jalan di kawasan rumah mereka.
Nekad berniaga demi menyara mereka sekeluarga tanpa mengharap belas kasihan dari sesiapa.  Beliau berhasrat mempunyai tapak untuk menjual lauk siap masak agar pendapatan mereka lebih stabil. Mendapat bantuan JKM dan baru mendapat bantuan dari Pusat Zakat pada bulan ini. Sumbagan SKR oleh En Shafiq Abdul Jabbar telah disampaikan oleh Ybhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi SKR dan Sukarelawan Baka Hulu Selangor.

 Abdul Majid Ahmad, dari Tawau Sabah yang berhijrah ke Selangor  lebih 10 tahun yang lalu menetap di Taman Bunga Raya bersama 6 orang anaknya.  beliau sudah tidak bekerja dan hanya  mengharap belas ehsan pendapatan yang tidak menentu anaknya (ibu tunggal, mempunyai 4 orang anak yang semuanya bersekolah) yang hanya meniaga kerongsang.  mendapat bantuan dari Pusat Zakat untuk sewa rumah dan JKM.  beliau kini mengalami maslah kesihatan, jangkitan kuman di paru-paru dan enggan tinggal di hospital.  Isterinya  juga tidak sihat (diabetes, darah tinggi dan sakit lutut)  tidak memungkinkan untuk beliau bekerja dan hanya mengharapkan bantuan dari anak-anaknya untuk terus hidup.

* 11 Jun 2016 - Abdul Majid Ahmad telah kembali ke Rahmatullah disamping anak-anak dan cucu-cucu beliau, mohon sedekahkan Al-fatihah, semoga rohnya bersma-sama para solihin disana. Amin.

 Kehidupan 8 orang adik-beradik yatim piatu yang tinggal menumpang di rumah ibu saudara di Taman Kemboja, Bukit Sentosa disara oleh abang sulungnya, Mohd Amran yang baru kematian isteri dan baru juga diberhentikan kerja di Kilang KLS (menyalurkan peralatan Perodua).  3 orang adiknya masih bersekolah.  2 orang darinya, Mohd Amirul Syahidi dan Mohd Ikhwan Syahidi  telah dimasukkan ke Asrama Darul Kifayah.  Kini setelah beliau diberhentikan kerja, keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada pencen arwah ayahnya. Sumbangan SKR telah disampaikan oleh Ybhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi SKR 2016.

 Zainawati bt Nasir, ibu tunggal yang mengambil upah mencuci dan mengemas rumah dengan pendapatan RM 500 sebulan demi mencari sesuap nasi bagi menyara kehidupan 4 anaknya.  salah seorang anaknya adalah OKU. Menyewa di Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya dengan sewa RM 160/sebulan.  Menerima bantuan kewangan dan barangan RM 450 sebulan dari Pusat Zakat.  Sumbangan Disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi SKR 2016.

 Razif bin Rahamad dan isteri menyara kehidupan mereka dan 3 anak yang masih kecil dengan pendapatan sebagai buruh (welding) yang hanya cukup-cukup makan.  Anak keduanya disahkan mengidap penyakit jantung sejak kecil dan perlu menjalani beberapa pembedahan bagi mengubati penyakitnya. Mendapat bantuan dari JKM RM175 sebulan dan bantguan barangan dari Pusat Zakat. Sumbangan Disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi SKR 2016.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;