BUKIT BERUNTUNG, 21 Jun 2016 - Ibu tunggal, Yati bt Kadir yang telah kehilangan suami sejak 3 tahun yang lalu menyara kehidupannya bersama 4 orang anaknya dengan mengharapkan bantuan dari JKM sebanyak RM 350 sebulan dan bantuan dari Pusat Zakat sebanyak RM 350 sebulan bersama keperluan asas yang dibekalkan setiap bulan. Namun memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak menjadikan ibu tunggal ini tabah dengan ujian Allah. Sumbangan SKR oleh Puan Hanisah Razali disampaikan oleh Puan Hajah Hasliza Haji Hassan, Pertubuhan BAKA Hulu Selangor.

 Melangkah naik ke tingkat 4 Apartment Kenanga, bagi menjejaki tempat tinggal Siti Rubiah bt Shaari.  Ibu yang sarat mengandung 8 bulan ini terpaksa menjalani kehidupan serba kekurangan sejak 3 bulan lalu kerana suami kini dalam tahanan polis. Hidup 3 beranak ini hanya bergantung dengan sumbangan bulanan dari Pusat Zakat sebanyak RM 350 dan juga bantuan barangan keperluan asas bernilai RM 150 sebulan. Tidak bekerja kerana mempunyai anak yang masih kecil, Maizatul Akmal (7 tahun) dan Siti Nur Zulaikha (1 tahun). Sumbangan SKR oleh Puan Hanisah Razali disampaikan oleh Puan Hajah Hasliza Haji Hassan, Pertubuhan BAKA Hulu Selangor.

 Melawat Hamidah Romli di Jalan Daisy, Bukit Berutung, seorang ibu tunggal yang mengidap sakit atritis menanggung 3 orang anak yg masih bersekolah dan ketiga tiga mempunyai masalah kesihatan. Kehidupan mereka di uji apabila suami tercinta pergi mengadap Ilahi dua tahun yang lalu tanpa meninggalkan sebarang harta. Beliau terpaksa bekerja sebagai penjaga koperasi dengan pendapatan RM 15/sehari sejak setahun yang lalu.  

Addini, puteri sulung 12 tahun, mengidap penyakit jantung dan artritis.  Addry Putra, anak kedua beliau yang berusia 10 tahun, mempunyai masalah paru paru, zat besi kurang dan juga hemoglobin rendah.  Lebih sukar lagi apabila anak bongsunya, Addry Hakim berumur 9 tahun pengidap talasemia minor dan terpaksa ulang alik ke hospital untuk mendapatkan perubatan untuk beliau sendiri dan anak-anaknya. Rumah sewanya, RM 450 sebulan kini dibayar oleh Pusat Zakat. Sumbangan SKR oleh Puan Nur Fazarul Shiha bt Mat Razali disampaikan oleh Puan Hajah Hasliza Haji Hassan, Pertubuhan BAKA Hulu Selangor.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;