SABAK BERNAM, 29 Jun 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan empat keluarga telah dikenal pasti. Penyerahan dilaksanakan oleh En. Khairi Yunos dan Pn. Rozita Abdullah yang merupakan sukarelawan YBK. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Puan Nurul Hilwa bt Imam Fakeh baru sahaja kehilangan suami beliau, Safie Suluh yang meninggal dunia seminggu yang lepas. Beliau yang berusia 29 tahun bekerja sebagai guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) di SRA Tebuk Mufrad dengan pendapatan RM1,400. Selepas kematian suami, beliau tinggal bersama adik-beradik yang lain di rumah pusaka. Beliau menanggung dua orang anak di mana yang paling kecil berusia satu bulan manakala yang sulung belajar di sekolah tadika.

Puan Nur Azliana Ahmad Bakri adalah seorang ibu tunggal yang membuat kerja sendiri bagi mencari rezeki. Pekerjaan yang tidak tetap menyebabkan pendapatan beliau juga tidak tetap dan paling tinggi adalah sekitar RM1,200 sebulan. Beliau pernah menganggur hampir setahun dan terkini beliau baru mendapat pekerjaan sebagai kerani di Puncak Alam. Beliau menanggung dua orang anak yang berusia lima dan tiga tahun, dan anak-anak ini tinggal bersama datuk dan nenek mereka.

Puan Robaeyah Baharin adalah seorang ibu tunggal yang tinggal di Desa Kasih Merbau Berdarah. Beliau menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM25 sehari. Sepanjang bulan Ramadhan beliau tidak bekerja kerana kedai makan tidak dibuka. Beliau menerima bantuan daripada zakat dalam bentuk barangan keperluan harian. Puan Robaeyah menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah.

Encik Shahriramadan ditimpa kemalangan pada 15 Jun yang lepas menyebabkan tangan kanan beliau terpaksa dipasang besi. Beliau masih dalam proses pemulihan dan sepanjang tempoh ini beliau menetap di rumah ibu dan bapanya dan terputus punca pendapatan buat sementara waktu. Beliau melakukan kerja-kerja kampung seperti mengutip buah kelapa sawit dan pendapatannya tidak tetap kerana mengikut musim. Kini beliau dijaga oleh isteri dan menanggung empat orang anak di mana dua orang daripadanya masih bersekolah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;