Subang, 30/6/2016 - YBK menyumbang duit saya kepada 41 orang pelajar asnaf dan anak yatim sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Penyerahan sumbangan Hari Raya kepada Anak Yatim dan Asnaf Sekolah Rendah Agama Subang Mewah Puan Azizah mewakili Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg Dato Haji Zainal Abidin Sakom. Majlis dimulakan dengan acara khatam al-quran murid tahun 6.

Disusuli dengan ucapan, bagi pihak YBK, tahniah diucapkan kepada anak-anak yang khatam dalam bulan Ramadan dan didoakan agar anak-anak teruskan membaca ayat-ayat suci al-quran kerana selain daripada ganjaran yaang diperolehi, ianya dapat memberi syafaat kepada kita pada hari Kiamat.

Sumbangan Hari Raya YBK kepada 41 orang anak-anak yatim dan asnaf SRA Subang Mewah disempurnakan. Semoga Syawal disambut gembira oleh anak-anak ini di samping keluarga.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;