Jalan Kebun, 16/6/2016 - Sumbangan Sinar Kasih Ramadan 2016 diserahkan kepada Mohammad Zolkeflee Mohamad Pilip yang tinggal bersama isteri dan tiga orang anak lelaki yang masih bersekolah di Batu 71/2 Jalan Kebun, Shah Alam. Mengambil keputusan berpencen awal selepas 33 tahun berkhidmat dengan sebuah syarikat, kerana kerap bercuti untuk dapatkan rawatan setelah didiagnos menghidap kanser darah tahap 3.

Zolkeflee juga menghidap sakit buah pinggang yang memaksa beliau menjalani dialisis di Banting, di mana kos rawatan ditanggung Pusat Zakat. Selain itu, beliau turut menghidap darah tinggi, kencing manis dan slip disc. Tidak kuat untuk melakukan kerja-kerja berat, dengan bantuan isteri, Anita Md Isa, Zolkeflee menjalankan perniagaan kebab dengan hasil pendapatan yang tidak menentu untuk menampung perbelanjaan harian dan persekolahan anak.

Tiga orang anak lelaki beliau berumur antara 24-19 tahun telah bekerja sebagai promoter barangan dan askar, hanya dapat bantu sedikit untuk keluarga ini. Sumbangan daripada orang ramai menerusi program Sinar Kasih Ramadan telah diserahkan oleh YBhg Datin Hartini Osman, yang merupakan Pengerusi Penyelaras program. Semoga sumbangan ini dapat memeriahkan Ramadan dan Syawal keluarga Zolkeflee.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;