- Hit: 1764
Klang 30/6/2016 - YBK dengan kerjasama Pertubuhan HAWA Pertiwi Klang telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada keluartga miskin sekitar Klang. Mereka adalah.
Puan Rehana bt Markamdan (731112015004). Ahli keluarganya adalah MOHD.FADZLI BIN MOHD.SAAD, suami (670201075117) mempunyai tanggungan 6 org anak iaitu SITI RAUDHAH (19), MUHAMMAD RIYADH SALEH (16), SITI NUR SOLEHAH (14), SITI NURUL HISAN (13), MUHAMMAD RAFIQ SOLEH (10) dan SITI MUNAWWARAH (7). Berpendapatan di bawah RM1,500. Pekerjaan suami hanya menjaga ibu bapa yg sudah uzur. Pada waktu malam bila keduanya tidor dia menjual kecil2an.. Rehana pula berniaga kecil2an membantu suami mencari pendapatan dgn menjual minuman, buah-buahan & jajan di depan sekolah waktu tengahari dan petang mengunakan motor roda tiga. Pada malam atau Sabtu, Ahad mereka berniaga di masjid
Keluarga Puan Rokiah bt Jamaludin dari Kg Padang Jawa Klang. Seorang Ibu tunggal tinggal bersama dan menanggung 6 org anak yang masih sekolah. Puan Rokiah tidak bekerja dan ada sakit kencing manis. Pendapatan tidak tetap dan kadang-kadang mendapat ehsan dari keluarga angkat.
Puan Aminah bt Hashim di Bukit Kuda Klang. Pihak HAWA Pertiwi Klang juga menyumbang berbuka bersama keluarga Puan Aminah. Mempunyai anak seramai 6 orang semua masih belajar. Pn Aminah bekerja biasa di My Maideen merupakan seorang balu dan tiada bantuan dari suami dan tinggal di rumah sewa.
Keluarga Syarifah Nazirah dari Bukit Kuda Klang. Sumbangan di sampaikan oleh Puan Radziah, Pengerusi Hawa Pertiwi Daerah Petaling. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak yang tidak bersekolah sebaliknya bekerja d restauren teh tarik atau pendapatan tidak tetap, suami berada d pusat pemulihan.
Keluarga En Mohd munawarshah mempunyai 4 orang anak, semua besekolah. Isteri sedang mengandung, kurang sehat, bekerja sendiri tiada pendapatan tetap. Rumah baru terbakar pada bulan Mac lepas, hangus 100 peratus. Semua barang tidak dapat selamatkan, sekarang menumpang di ruang pejabat sebuah syarikat, sehingga sekarang belum mendapat respon dari mana2 ajensi, zakat dan ICU berhubung pemohonan rumah PPRT
.
.
..